Selamat Datang ke Laman Rasmi LIGS

Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Kota Belud

Kota Belud 25 Okt: Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh kepada Para Pekebun Kecil Getah bagi daerah Kota Belud telah berlangsung di Dewan Gopog Taginambur yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Junz Wong. Selain menyampaikan BMT kepada para pekebun kecil getah, YB Junz juga mengadakan sesi dialog berkaitan industri getah Sabah yang menyentuh mengenai isu harga getah, aktiviti ekonomi tambahan yang dapat memberi pendapatan tambahan kepada pekebun yang menanam semula getah mereka dan beberapa isu lain.

Seramai 5,123 pekebun kecil getah di daerah Kota Belud layak menerima BMT yang disalurkan secara elektronik ke akaun mereka atau dibayar secara tunai di kaunter pejabat LIGS Kota Belud.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi LIGS Datuk John OT Ghani dan Pegawai Daerah Kota Belud Hajah Diyanah Abdullah. -js

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) secara tunai akan dijalankan di pejabat-pejabat LIGS di semua daerah mulai 09 Oktober 2019 atau melalui pemindahan dana elektronik (EFT) ke dalam akaun pekebun kecil. Sila semak status bayaran anda di sini>Semakan Bayaran BMT

Pengenalan

Lembaga Industri Getah Sabah merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sektor tanaman getah di negeri Sabah, Malaysia.

Visi dan Misi Lembaga

Dengan ini kami berusaha untuk mencapai visi LIGS, yakni untuk menghasilkan Industri Getah yang Moden, Berdaya Maju dan Dinamik. Misi Lembaga adalah seperti berikut:
"Membangunkan industri getah secara bersepadu melalui pengurusan sektor pekebun kecil yang efisien, meningkatkan pengeluaran secara komersial dan mempelbagaikan industri hiliran yang mampu bersaing di pasaran global."
Maklumat lanjut berkenaan dasar dan strategi Lembaga boleh didapati di laman Pengenalan. Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2013 kini boleh didapati melalui laman ini. Klik di sini untuk muat turun. GANJARAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT-Klik di sini untuk maklumat lanjut.

*maklumat dalam laman ini telah dikemaskinikan pada 07 Okt 2019 -js

http://www.alugueldeimpressoras.org